TENTANG NORDIKA FURNITURE
Timeless Nordic design, crafted for modern living.
NORDIKA Furniture merupakan sebuah perniagaan perabot keluarga Bumiputera yang telah diasaskan sejak tahun 1992 (Abg Din Perabot). Bermula sebagai perniagaan tempatan, perniagaan ini telah kukuh bertapak di Kelantan dan kini melangkah ke fasa baharu dengan pengembangan perniagaan ke Pulau Pinang.
NORDIKA Furniture adalah legasi kepada Allahyarham Hj. Samsuddin bin Yaacob (Abg Din), seorang tokoh usahawan perabot yang dikenali dengan prinsip kejujuran, kualiti dan nilai keluarga. Legasi ini diteruskan dengan penuh amanah oleh Leftenan Komander (Bersara) Fadhil Samsuddin TLDM, selaku pemilik, serta dioperasikan dengan bimbingan Encik Fakhrul Samsuddin (Pengarah Utama Abg Din Perabot).
Berinspirasikan rekaan moden dan keperluan gaya hidup masa kini, NORDIKA Furniture menawarkan pelbagai pilihan perabot dan kelengkapan rumah yang praktikal, berkualiti dan bergaya, sesuai untuk setiap ruang kediaman.
Sebagai jenama yang dekat di hati pelanggan, NORDIKA meraikan setiap pelanggan dengan harga yang menawan, tanpa mengorbankan kualiti dan ketahanan produk. Kami percaya bahawa rumah yang selesa bermula dengan perabot yang tepat — cantik, berfungsi dan tahan lama.