FAQ

SOAL JAWAB NORDIKA FURNITURE

1. Apakah NORDIKA Furniture?

NORDIKA Furniture merupakan perniagaan perabot keluarga Bumiputera yang diasaskan sejak tahun 1992, bermula dengan jenama Abg Din Perabot. Kami menawarkan pelbagai perabot dan kelengkapan rumah yang berkualiti, praktikal dan bergaya, sesuai dengan keperluan kediaman moden.

2. Di manakah lokasi NORDIKA Furniture beroperasi?

NORDIKA Furniture telah kukuh bertapak di Kelantan dan kini sedang berkembang ke Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada fasa pengembangan perniagaan kami. Kami berada di:

NO.7 PERSIARAN SEKSYEN 4/18
BANDAR PUTRA BERTAM 13200
KEPALA BATAS PULAU PINANG

3. Apakah jenis perabot yang ditawarkan oleh NORDIKA Furniture?

Kami menawarkan pelbagai jenis perabot dan kelengkapan rumah termasuk meja, kerusi, sofa, set ruang tamu, set bilik tidur dan perabot lain yang direka untuk keselesaan dan fungsi harian.

4. Bagaimana cara untuk menghubungi atau membeli daripada NORDIKA Furniture?

Anda boleh menghubungi kami melalui laman web rasmi, media sosial, atau terus ke kedai fizikal kami. Maklumat lanjut boleh didapati di halaman Hubungi Kami.

HUBUNGI KAMI

HUBUNGI KAMI UNTUK SEBARANG PERTANYAAN